Pengenalan

-Pengenalan-

Buat pertama kalinya Team Basikal Bdr Bukit Mahkota Bangi (BMB Cycling Team)dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat,Pusat Komuniti Putra Mahkota dan Jawatankuasa Pembinaan Masjid at-Taqwa Bdr Bukit Mahkota akan menganjurkan Kayuhan Amal berkonsepkan "Ceria & Cergas" pada 25/12/2013.

-Objektif-

Objektif utama kayuhan ini adalah untuk mencari dana bagi disumbangkan kepada pembinaan masjid di Bdr Bukit Mahkota iaitu "Masjid At-Taqwa" .

Disamping itu dengan penganjuran kayuhan ini diharap dapat menerapkan gaya hidup sihat dikalangan penduduk Bdr Bukit Mahkota disamping mengeratkan silaturahim sesama penduduk.

-Sasaran Penyertaan-

Pihak penganjur mensasarkan penyertaan seramai 300 penyertaan dari penduduk setempat khususnya dan juga peminat-peminat basikal sekitar amnya.

Yuran penyertaan 50-100%(bergantung pd jumlah tajaan)akan disumbangkan kepada tabung dana pembinaan masjid At-Taqwa Bdr Bukit Mahkota. 


-Konsep Kayuhan-

Kayuhan adalah berkonsepkan ceria dan cergas dan bukannya bersifat perlumbaan.Tiada ranking ataupun medal diberikan.Walau bagaimanapun para peserta akan menerima t-shirt dan sijil penghargaan diatas jasa murni menyumbang kpd dana pembinaan masjid at-Taqwa.







1 comment:

  1. Assalammualaikum

    Sekadar cadangan..

    Oleh kerana charity ride utk mencari dana pembinaan masjid adalah lebih baik penganjur menetapkan syarat bagi pemakaian peserta.Jangan ada pakaian yg tidak menutup aurat bagi peserta perempuan dan lelaki.Mudah-mudahan kayuhan itu diberkai oleh Allah..

    Terima Kasih

    ReplyDelete